BERITA TERKINI
MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-16
Pada 20 Jun 2008 (Jumaat), Sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-16 yang diadakan di Dewan Serbaguna SKPKM bermula jam 3.00 petang. Mesyuarat ini telah dijayakan dengan kerjasama ibu bapa, ahli jawatankuasa dan guru-guru.
Tahniah juga kepada semua guru Sekolah kerana telah bertungkus-lumus siang dan malam untuk menjayakan mesyuarat tersebut. Tanpa semua guru pasti majlis ini tidak dapat berjalan dengan licinnya dan sempurna.
Mesyuarat PIBG yang diadakan setiap tahun bertujuan melantik ahli jawatankuasa baharu dan membincangkan mengenai kemajuan sekolah dan murid. Dengan adanya mesyuarat sebegini, pelbagai aktiviti sekolah dapat dijalankan antaranya motivasi murid dan guru, sambutan Maulidurasul dan sebagainya.
|