skpkmelaka.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skpkmelaka@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | SEJARAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | ASRAMA | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | OBJEKTIF SEKOLAH | PANORAMA | VISI & MISI |



SEKAPUR SIRIH DARIPADA GURU BESAR
(TUAN HAJI ABDULLAH BIN YACOB)


          Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T di mana dengan izin dan inayah-Nya dapat saya diberi kesempatan mencoretkan sepatah dua kata alu-aluan dalam ruangan ini.
         
          Sekolah Kebangsaan Pendidikan khas Melaka merupakan sebuah sekolah yang unik dan merupakan sebuah sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik dalam erti kata pelajar yang bermasalah pendengaran. Justeru itu, dalam melayari bahtera kehidupan yang penuh cabaran disebabkan kekurangan ini dengan bantuan daripada pihak  guru-guru yang penuh dedikasi dan bertanggungjawab mengasuh dan mendidik merea seperti pelajar normal di aliran perdana sebagai persediaan cabaran yang menanti apabila dewasa kelak. Semoga dengan asuhan dan didikan ini,di suatu masa nanti pelajar ini tidak akan merasa rendah diri ketika bercampur gaul dengan insan yang sempurna. Di samping usaha ini, pihak kerajaan dan badan-badan NGO tidak ketinggalan dalam menyediakan berbagai-bagai kemudahan dan memberi sumbangan demi pelajar ini. Semoga dengan bantuan dan sumbangan ini dapat membantu pelajar sekolah ini mencapai kejayaan seperti sekolah-sekolah biasa.
          Akhir kata, diharap dengan usaha yang dicurahkan tanpa mengenal penat lelah akan menghasilkan sesuatu yang menggembirakan di suatu hari nanti. Insya-Allah. Buat renungan bersama "Ramai orang kenal diri orang lain tetapi tidak kenal diri sendiri, sebab itu orang sibuk memikirkan kecacatan orang lain daripada kecacatan diri sendiri ".
Sekian. Terima kasih. 


Wassalam.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: