Fasa 1 1962-1987
Pada 3 September 1962 projek perintis kelas khas pekak percantuman telah dimulakan di Primary English School Bukit Baru (Sekolah Kebangsaan Datuk Palembang). Jumlah murid seramai 22 orang .
Fasa 2 1987-1992
Pada 10 Ogos 1987 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Cacat Pendengaran pertama ditubuhkan di negeri Melaka. Ia di tempatkan di bangunan lama Sekolah Kebangsaan Bukit Cina Jalan Puteri Hang Li Po.
Fasa 3 1992-1997
Pada 24.08.1992, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas telah di arah menumpang di bangunan Sekolah Rendah Seri Bandar Jalan Air Leleh, Melaka.
Fasa 4 1992 Hingga Sekarang
Pada 1 Mac 1997, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas telah berpindah ke bangunan sendiri di Km. 4 Jln. Semabok di kawasan seluas 12.9 ekar. Terdapat 6 blok bangunan utama iaitu Blok Pentadbiran, Blok Sokongan (Blok Pakar / Blok Cekal), Blok Akademik (Blok Cerdas), Blok Asrama Putera dan Puteri dan Dewan Makan Asrama. Terdapat juga padang bola, sebuah garaj bas dan 4 buah rumah guru berkembar 2 tingkat.
|